THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Dia yang Satu

;

Wednesday, September 16, 2009

Sesuci Lebaran

Ramadhan hampir melabuhkan tirai. Syawal senyum menanti. Antara hari-hari sebelumnya barangkali tanpa disedari kita sering terusik dan terasa dengan pelbagai cara. Namun atas sifat semulajadi seorang muslim, kita masih mampu tersenyum dan berpandangan. Barangkali saya juga tidak terkecuali. Jadi dikesempatan ini, saya menitipkan rasa ingatan, doa dan menghulurkan 10 jari tanda mohon kemaafan zahir dan batin..

Monday, August 17, 2009

Merdeka oh Merdeka

Tanggal 31 Ogos merupakan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Merdeka bererti bebas. Namun bebaskah kita? Kita dibelenggu dengan rantai besi pemikiran dan akhlak yang dibawa oleh budaya luar. Sedarkah kita, semakin hari semakin ramai anak2 kita sesat..sesat untuk mencari kebenaran..sesat dalam mencari nilai yang mulia...sedarlah,perjalanan masih jauh perlu ditempuhi, Dengan azam, keyakinan dan jati diri yang kukuh bertunjangkan kekuatan agama sebagai garis panduan hidup, moga-moga kita tidak terus hanyut dalam nikmat dunia semata-mata.

Keutamaan Bulan Ramadhan

1. Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu:
Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya
dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang
diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini
pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat;
juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan,
barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperolehi apa-apa"
(HR. Ahmad dan An-Nasa'i)

2. Dari Ubadah bin AshShamit, bahawa Rasulullah bersabda:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan, AIlah
mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus
dosa-dosa dan mengabulkan do'a. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu
pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka
tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Kerana orang yang
sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini. " (HR.Ath-
Thabrani, dan para periwayatnya).

Saturday, August 15, 2009

Kata-kata

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan
Zikrullah;Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara
Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

Hikmah

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Renungan

Bacalah kata-kata di bawah sebagai renungan dan ingatlah bahawa yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada kita sendiri...............
Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan......
Tiada pelita di dunia ini yang dapat menerangi kehidupan di dunia dan di akhirat kecuali pelita hati yang disinari cahaya keimanan..........
Jika hidup kamu dalam kekosongan, dampingilah keesaan Tuhan...nescaya kamu akan beroleh ketenangan jua kedamaian......
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............
Cintaku kepada Tuhan kerana aku ciptaannya.....cintaku terhadap seseorang itu adalah perasaan yang diciptakanNya..........
Seribu mancis tidak dapat menerangi kamu buat selama-lamanya.....tetapi cahaya keimanan dapat membawa kamu ke jalan kesenangan..........
Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai.....bertambah busuk bangkai, bertambah pula seleranya......
Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh daripada lidah yang hodoh......kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakitkan hati orang lain, tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan.....
Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia, disulami dengan bunga-bunga keimanan, dihiasi pula dengan pertama keislaman dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan......
Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur........dan setiap mata yang terbuka, belum bererti ia melihat.......
Hidup tanpa pengorbanan adalah satu kepalsuan dan percintaan tanpa kasih sayang adalah satu pengkhianatan.................Oleh itu, abadikan kasih sayang dalam mencari erti kebahagiaan........
Orang yang bertanya dikala dia tidak tahu, adalah bodoh ketika dia bertanya......tetapi orang yang tidak bertanya itu, akan bodoh buat selama-lamanya.........
Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira....... tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira........
Orang yang berilmu di antara orang-orang yang jahil....adalah seperti pohon yang hijau di tengah-tengah pohon yang kering.......
Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah teladan serta pengajarannya.......... dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan........
Lihatlah disekeliling kamu.... dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa...... senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.... jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.....buat pedoman............
Jika awan melindungi matahari, jangan meratap....kerana nanti akan menjelma pelangi dan kalau langit bagaikan runtuh, jangan menangis..... itu hanyalah satu mimpi. Jika kau menyayangi seseorang, biarkanlah dia pergi........ jika dia menyayangi dirimu, dia pasti akan kembali.........
Menyelamatkan orang jahat seperti perahu kecil di tengah lautan......walaupun kita terselamat tetapi sentiasa berasa ketakutan......
Dua hati yang sama-sama mengingati Allah itu dia berkenalan sebelum bertemu, bila bertemu terus berkenalan...... Dua hati yang tidak mengingati Allah itu tidak akan berkenal sebelum bertemu, bila bertemu dia hanya berjumpa bukan berkenalan.............
Cinta yang suci hanyalah layak untuk kekasih yang berhati suci dan cinta yang ternoda hanyalah sepadan dengan mereka yang bercinta untuk nafsu dan ternoda hati serta kesucian dirinya.....
Perkataan yang lemah-lembut itu dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada batu....... dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera............
Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah pula kita menjadi langau yang boleh membusukkan daging...........
Abadikan segenggam harapan, secebis ketekunan, seteguk pengorbanan................semadikan di dalam hati sebagai garisan hidup ini.......................
Kesucian diri itu seperti air batu.....sekali ia hancur segalanya akan berakhir................
Kejujuran dan kejelitaan itu tidak bertakhta pada paras rupa yang seindah bulan..... tetapi pada hati yang beriman...................
Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah..........makin dekat ianya datang menghampiri kita............................
Jika kamu cintakan kepada bunga, bunga itu akan layu......jika kamu cintakan kepada manusia, manusia itu akan mati.......Oleh itu, cintailah Allah kerana ia kekal abadi...............
Cinta remaja ibarat kaca.......zahirnya jernih, tapi sekali ia pecah berderai......lukanya terlalu tajam......
Senyuman itu adalah madu bagi diri seseorang........oleh itu ukirlah senyumanmu pada yang memerlukan....................
Kawan ibarat pasir-pasir di pantai................kawan yang setia ibarat mutiara pasir di pantai.............
Jangan dikenang peristiwa sedih tetapi kenangilah pengalaman manis kerana ia boleh membuatkan kita semakin ceria dan sentiasa gembira..................
Janganlah jadi seperti kumbang, habis madu segera terbang...........jadilah seperti tukang kebun, bunga dijaga sesegar embun..............
Janganlah terlampau banyak ketawa.....kerana ia akan mengeringkan hati dan wajah akan kehilangan serinya................
Hidup berbakti mati, hidup tak berbakti pun mati. Maka adalah lebih baik bagi kamu mencurahkan bakti.....Dengan itu matimu akan meninggalkan nama yang harum kerana bakti suci teramat bererti buat orang yang tahu menghargainya.............
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit............dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..............
Tidak ada seorang pun yang pernah menemui harga sebuah kehidupan..........tetapi apa yang penting ialah kita harus membuatkan kehidupan itu berharga................
Orang hanya dapat melihat kesedihan kita melalui air mata......tetapi terlalu sukar untuk mereka menyelami penderitaan yang kita tanggungi akibat limpahan air mata itu..............
Hidup yang tiada pegangan umpama buih-buih sabun...........bila-bila masa ia akan pecah.............
Basahilah wajahmu dengan air sembahyang...........dan jangan sekali-kali wajah ayumu digenangi dengan airmata kecewa kerana cinta.................
Janganlah bercinta dengan orang yang kita cinta........tetapi bercintalah dengan orang yang mencintai kita...........kerana itu akan membuatkan kita lebih bahagia.........
Kecantikan itu sering membuatkan kita jatuh cinta......tetapi tidak semua kecantikan itu dapat membahagiakan hidup kita........
Kawan untuk bergembira mudah untuk dicari.........tetapi kawan untuk menangis, itulah yang sukar ditemui...........
Sayangilah insan yang merindui dan menyayangi dirimu..................
Hidup ini ibarat lampu dinding yang dinyalakan di malam hari...........apabila minyak sudah kering, ia akan terpadam sendiri..................
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah............ tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi................
Ada orang anggap kita lemah....ada pula yang menganggap kita lebih kuat daripadanya..... Tapi sekiranya kita mengaku yang kita lebih kuat daripadanya, maka di situlah kelemahan diri kita....
Ketawa ketika kesedihan adalah ketawa ketabahan.....ketawa ketika kegembiraan adalah ketawa kemenangan.............dan tangisan ketika kesedihan adalah tangisan kekecewaan manakala tangisan ketika kegembiraan adalah tangisan kejayaan...............

Saturday, August 1, 2009

Mutiara Kata

Pujangga berkata:
Nikmat itu jika disyukuri akan tetap bertahan, dan jika diingkari akan lari. Dunia itu jika diperlakukan dengan huru hara akan berlalu, dan jika diperlakukan dengan bijaksana akan menipu...renung-renungkan..

Monday, July 27, 2009

Hayati...

4 perkara yang tidak difahami nilainya kecuali 4 iaitu:-
* Nilai muda tidak diketahui KECUALI oleh orang yang tua.
* Nilai kesihatan yang tidak diketahui KECUALI oleh orang yang sakit.
* Nilai sejahtera (aman) tidak diketahui KECUALI oleh orang yang terkena bala.
* Nilai hidup tidak diketahui KECUALI oleh orang yang sudah mati
~Hatim al-Zahid~

Mutiara Kata

4 sebab utama yang membuat goyahnya persediaan iaitu:
* Hancurnya rumah tangga
* Bencana yang bersifat material dan kesedihan
* Kesendirian dan kecemasan
* Perasaan terhina dan dendam kesumat
-Dr Russel Cecil (University Cornell)

Welcome...

Kepada sahabat-sahabat...marilah kita mengeratkan ukhwah dan mencambah ilmu di sini...selamat berdiskusi:)